Sila lihat "KATEGORI" sebelah kiri anda...

Produk-produk akan dikemaskini dari masa ke semasa... Berkunjunglah selalu ye...

Terima Kasih...

Thursday, April 1, 2010

CLOTH MENSTRUAL PAD ~ INTRO

Cloth menstrual pad ni sangat wajar untuk ibu-ibu yang sangat obses dengan cloth diaper. Kalau anak anda dimanjakan dengan keselesaan kain lampin moden...kenapa tidak anda? Tapi tak bermakna ibu-ibu yang tidak berkecimpung dengan cloth diaper tu tidak boleh mencuba cloth pad ni sebab....zaman mak kita dolu2 mana ada pakai disposable pad ni... pakai kain napkin @ kain lampin je... Tapi orang kan nak ikut arus kemodenan, lalu alas napkin tu telahpun dimodenkan untuk kita dan dinamakan CLOTH MENSTRUAL PAD...

Kalau CD(cloth diaper), ada yang beralasan leceh nak basuh dan sebagainya la kan... Apa pulak la alasannya untuk cloth pad ni ye? Bukan ke dispo pad yang kita confirm buang tu dibasuh sebersihnya terlebih dahulu sebelum membalutnya dengan kertas dan mencampakkannya ke dalam tong sampah? Itu menunjukkan betapa kita menitikberatkan soal kesihatan di waktu-waktu "keuzuran" kita.

Sejujurnya, saya rasa rugi la sebab terlambat maklum tentang kewujudan cloth pad ni sebab sebenarnya berapa banyak dah kita menghabiskan belanja untuk pembuangan dispo pad selama hari ini? Seharusnya cloth pad ini diberi pendedahan awal kepada golongan yang baru memulakan alam "peot"nya... "PEOT"...mengingatkan saya tentang zaman persekolahan di asrama suatu ketika dulu. Peot tu adalah istilah "cover line" untuk mengisytiharkan sesiapa yang datang period... Huhuhu..

SeLaMaT BeR ClOtH PaD...

No comments: