Sila lihat "KATEGORI" sebelah kiri anda...

Produk-produk akan dikemaskini dari masa ke semasa... Berkunjunglah selalu ye...

Terima Kasih...

Sunday, August 2, 2009

BUKU - MANUAL KERJA SUPER SUAMI & MANUAL KERJA SUPER ISTERI



MANUAL KERJA SUPER SUAMI ~ RM15

Sememangnya, pernikahan yang dilalui bersama dengan isteri membuahkan tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh kedua-dua pasangan. Sebagai suami, tanggungjawab anda adalah dengan melunaskan mas kahwin, memberikan nafkah zahir dan batin dan mendidik isteri serta anak-anak dengan amalan yang dianjurkan dalam Islam.

Bagi seorang suami, tiada formula atau manual khusus yang paling tepat untuk anda. Namun, sedikit garis panduan dalam buku ini akan membantu anda menemui kaedah khusus yang paling sesuai untuk diri anda dalam apa-apa jua situasi keluarga anda. Semoga anda dapat mengenal pasti sesuatu yang bernilai dalam diri anda setelah membaca buku ini.

MANUAL KERJA SUPER ISTERI ~ RM12

Tidak dinafikan dalam mendepani zaman ini, para isteri akan bertemu dengan bermacam-macam bentuk halangan. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan mempunyai anak yang banyak. Di mana-mana sahaja akan kita temui keluhan demi keluhan.

Justeru, apakah formula terbaik yang boleh diguna pakai dalam memastikan hala tuju hidup kita di dunia ini berjalan dengan baik dan juga membina kehidupan yang selesa di akhirat?

Buku ini akan menyingkap petua berkesan dan sekatan yang perlu dielakkan dalam menangani masalah dan halangan seorang isteri masa kini.
******************************************************************
* Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan (asyik2 pinggan mangkuk je... :-). Tukar la buku pulak...) Juga sebagai hadiah dari isteri kepada suami dan sebaliknya. Jika beli satu set,harganya hanya RM25.

No comments: